Kursus Pengendalian Makanan

Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.

Kursus Asuhan PERMATA

Sejak tahun 2010, Vonad sudah menganjur sebanyak 70 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan seterusnya Kursus Asuhan Permata Negara (KAP) yang melibatkan lebih 1,500 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.