Kursus Asuhan PERMATA

Sejak tahun 2010, Vonad sudah menganjur sebanyak 70 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan seterusnya Kursus Asuhan Permata Negara (KAP) yang melibatkan lebih 1,500 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan:

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan: 357-02133121)
  3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia    (Rujukan: Kod Pusat IB0099)

 

Team Vonad terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman (ada yang berpengalaman melebihi 20 tahun) terlibat didalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA. 

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Vonad telah dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan.  Kursus Vonad ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Pendaftaran untuk kursus ini boleh dibuat dengan datang sendiri ke Pejabat Vonad atau secara online di www.borang.vonad.com.my

Slide2