Kursus Pengendalian Makanan

Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.

 

Individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengekalkan prosedur pengurusan keselamatan makanan dalam perniagaan berasaskan makanan haruslah menerima latihan yang secukupnya bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka.

Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. 

Pendaftaran untuk kursus ini boleh dibuat dengan dating sendiri ke Pejabat Vonad atau secara online di www.borang.vonad.com.my